MENYAMBUT KETIBAAN DYMM TUANKU RAJA PERLIS
Wakil Hidayah Centre Foundation Perlis iaitu En. Muhammad Azuan dan wakil Rakan Hidayah Perlis Ahmad Syafi telah bersama-sama memenuhi undangan ke Program Lawatan DYMM Tuanku Raja Perlis ke Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis.
Program ini juga telah disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO dalam memastikan usaha transformasi kampung di sekitar kawasan ini dapat dijalankan dengan sebaiknya.
Sebagai makluman, Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia Cawangan Perlis, Ikram Perlis dan Hidayah Centre Foundation Perlis telah diberi tanggungjawab atas nasihat pihak MAIPs bagi memeriahkan lagi kerjasama yang akan mengfokuskan Masjid Lama Seberang Ramai untuk dibagunkan sebagai Pusat Pendidikan Komuniti Setempat.
Semoga usaha dan perancang pelbagai pihak ini dapat memberi manfaat sebaiknya kepada masyarakat setempat dan memotivasikan kawasan sekitar dalam usaha menjadi sebuah kampung atau kawasan yang lebih ceria serta mempunyai pelbagai aktiviti yang bermanfaat.
Hidayah Centre Foundation
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf