Kursus Pra Perkahwinan Mualaf siri ke-3
Hidayah Centre Foundation telah menganjurkan sebuah program Kursus Asas Pra Perkahwinan Mualaf pada 17 dan 18hb Jun 2023. Bagi melahirkan institusi kekeluargaan yang mantap dan komprehensif, Ilmu kekeluargaan adalah sangat penting untuk difahami oleh setiap individu. Untuk mencapai salah satu misi pemerkasaan mualaf adalah melalui kestabilan sistem kekeluargaan yang baik. Kursus Asas Pra Perkahwinan Mualaf yang telah diadakan setiap bulan merupakan salah satu langkah positif yang di ambil oleh Hidayah Centre Foundation, dalam memberikan pendidikan kekeluargaan buat mualaf yang bakal mendirikan rumahtangga. Seramai 32 orang peserta telah terlibat dalam kursus ini, dan 4 orang dari mereka merupakan mualaf yang telah berdaftar dibawah Hidayah Centre Foundation. Di akhir slot kursus ini mereka telah diberikan perkongsian khusus berkenaan Fiqh Mualaf. Tahniah buat seluruh peserta kursus yang berjaya menamatkan pengajian selama 2 hari.