Kursus Pra Perkahwinan Mualaf
Kursus perkahwinan atau Kursus Pra Perkahwinan adalah satu ungkapan yang sering kita dengar sebelum setiap bakal pengantin melangkah ke gerbang perkahwinan . Kursus perkahwinan wajib diambil dan dihadiri bagi setiap pasangan Islam sebelum mendirikan rumahtangga .
Kursus Pra-Perkahwinan Mualaf,merupakan anjuran pertama di bawah Hidayah Centre Foundation yang julang kalinya diadakan sejak sedekad HCF ditubuhkan. Sijil yang dikeluarkan telah mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan boleh digunapakai di seluruh Malaysia. Penyampaian oleh penceramah-penceramah telah disesuaikan untuk konteks mualaf yang baru mengenali Islam. HCF turut menyediakan slot istimewa bertajuk Fiqh Mualaf yang menjawab persoalan berkaitan interaksi dengan keluarga mualaf.