KEM SOLAT DAN BAZAAR INFAQ 2022
10 Disember 2022- Alhamdulillah seharian menyantuni dan memperkasakan saudara baru RH Kajang. Antara aktiviti menarik ialah ulangkaji perkara asas dan wajib solat, praktikal solat bersama Dr Farid Azmi yang juga Ketua Rakan Hidayah Kajang.
Sesi ulangkaji praktikal solat, berwuduk dan bersuci dibuat secara berasingan bersama fasi lelaki dan wanita. Selepas zohor, program diteruskan dengan sesi perkongsian oleh Bro Mubarak yang baru bersyahadah awal 2022 yang lepas tetapi bersemangat berkongsi nasihat dan dakwah. Sebelum berakhir diadakan sesi aktiviti dalam kumpulan termasuk bertanyakan soalan hal ibadah, soal jawab wanita Islam dan perkara asas yang lain.
Jazakumullah semua sukarelawan dan peserta yang hadir. Semoga ilmu yang dapat dipraktikkan