Indah School Holiday Camps
Indah Islam School Holiday Camps merupakan program di bawah kelolaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan mendapat kerjasama dari Hidayah Centre Foundation (HCF), untuk melaksanakan program berkenaan. Fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk membangunkan modal insan yang berilmu dan beramal. Selain menerapkan nilai-milai murni, memperkukuhkan akhlak dan sahsiah diri anak-anak muda zaman kini. Program ini turut, mendedahkan kepada peserta mengenai kepimpinan, pembuatan keputusan dan cara berfikir yang lebih kreatif dan kritis dalam mendepani kehidupan yang kian mencabar. Pegangan diri yang mantap mampu melahirkan modal insan yang berkualiti.