
HARMONY QUIZ SERIES (SIRI 1): HOW MUCH DO YOU KNOW ABOUT PALESTINE?
Buat julung kalinya, Hidayah Centre Foundation Johor dan Melaka telah bergabung tenaga bagi mengadakan sebuah program outreach berbentuk kuiz kepada masyarakat Malaysia yang bukan beragama Islam.
Program ini telah dilaksanakan pada 16 Jun 2021 dengan kerjasama NGO MyCARE. Para peserta telah didedahkan dengan perkongsian ringkas berkenaan kronologi isu Palestin oleh Assoc. Prof Dr Mohd Zin Kandar, salah seorang BOT Mycare, sebelum mengambil bahagian dalam kuiz yang telah disediakan.
Walaupun kuiz ini dijalankan secara atas talian, suasana kegembiraan jelas dirasai oleh para peserta tatkala ramai yang melahirkan rasa seronok sepanjang mengikuti program ini. Malah, para peserta dapat lebih memahami isu sebenar yang berlaku pada rakyat Palestin.