?????? ?????? ??? ?????? ????? ????’ ???
Kelas Iqra’ HCF diteruskan lagi pada minggu ini yang melibatkan penyertaan tenaga pengajar dikalangan sukarelawan HCF dan para pelajar dalam kalangan saudara baru dan juga bukan Islam.
Kelas Iqra’ HCF ini menekankan konsep mentor mentee dimana para pengajar bertindak sebagai mentor kepada para pelajar. Sesi pengajaran tidak tertumpu kepada pembelajaran Iqra’ semata-mata, sebaliknya, para pengajar menjadi teman dan rakan pembimbing pelajar dalam mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam.
Sehingga hari ini seramai 39 orang pelajar yang terlibat dalam program ini. Sekiranya ada MUALAF dan NON-MUSLIM yang berminat untuk menyertai Kelas Iqra’ HCF, sila mendaftar melalui link di bawah.