Pada hari jumaat yang lepas telah berlangsung satu program iaitu agihan kurma kepada masyarakat bukan Islam.Sebanyak 26 pek kurma telah diagihkan kepada masyarakat bukan Islam oleh sukarelawan daripada kelab Rakan Hidayah Perlis.
Objektif utama dalam program ini adalah untuk menyantuni masyarakat bukan Islam di samping kami telah berkongsikan serba sedikit tentang bulan Ramadhan Al-mubarak ini kepada mereka.Mudah-mudah dengan usaha ini masyarakat bukan Islam lebih mengenali Islam dengan lebih mendalam.
Selain itu juga,Program ini dijalankan bagi mengikuti Nabi Muhammad s.a.w dalam melakukan amal kebajikan khususnya dalam bulan Ramadhan. Sepertimana sabda baginda S.A.W:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ سَنَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; “Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan Baginda SAW akan bertambah menjelangnya bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus.” (Sahih Muslim No: 2308) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Rakan Hidayah Perlis,
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf