Pada hari Ahad 2 Mei 2021 bersamaan 20 Ramadan 1442H baru-baru ini, telah berlangsungnya Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) kali ke-11 diperigkat negeri Pulau Pinang yang bertempat di Dewan Mutiara, Raia Hotel, Kompleks Tabung Haji dalam suasana sederhana tetapi cukup meriah. MIPHC merupakan program tahunan yang dianjurkan Hidayah Centre Foundation (HCF) bertujuan untuk meraikan mualaf berbuka puasa di bulan Ramadan ini.
MIPHC tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2020 disebabkan pandemik Covid-19. Pada tahun 2021 ini, seramai 140 orang mualaf termasuk individu mahupun syarikat turut bersama hadir sebagai tanda menzahirkan sokongan terhadap usaha menyampaikan Islam & pemerkasaan mualaf yang dilaksanakan HCF.
Majlis Iftar Perdana Amal Hidayah Centre (MIPHC) dimulai dengan penyampaian sumbangan kepada saudara baru. Disusuli dengan bicara santai yang berkisar mengenai perkongsian kisah suka duka pengalaman dakwah di Kawasan pedalaman sabah oleh panel jemputan iaitu Da’i Izzlyn – Da’i Pendakwah Milenia (Musim Ke-3).