Majlis Iftar Muallaf Melaka Siri 9
7 Mei 2021 – Alhamdulillah pada 25 Ramadan 1442 H, telah selesai Majlis Iftar Muallaf Hidayah Centre Foundation Melaka bertempat di Windmill, Bukit Beruang. Majlis iftar ini adalah majlis iftar yang kesembilan daripada 10 majlis iftar yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Huzaifah Bin Nik Aznan selaku Eksekutif HCF Melaka. Kemudian, majlis diteruskan dengan perkongsian ringkas mengenai kisah penghijrahan oleh Encik Abdul Rahim Asing dan tazkirah ringkas oleh Ustazah Zalina.
Terima kasih kepada semua penyumbang, Rakan Hidayah dan semua Saudara Baru yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis malam ini.
Ramadan Kareem, Allahu Akram!