Majlis Iftar Muallaf Melaka Siri 8
4 Mei 2021 – Alhamdulillah pada 22 Ramadan 1442 H, telah selesai Majlis Iftar Muallaf Hidayah Centre Foundation Melaka bertempat di Restoran Dayana Tomyam, Limbongan. Majlis iftar ini adalah majlis iftar yang kelapan daripada 10 majlis iftar yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Huzaifah Nik Aznan selaku Eksekutif HCF Melaka. Kemudian, majlis diteruskan dengan perkongsian ringkas mengenai kisah penghijrahan oleh Brother Aman Ng dan Zubaidah Vong. Kemudian majlis diteruskan sehingga selesai berbuka.
Terima kasih kepada semua penyumbang, Rakan Hidayah dan semua Saudara Baru yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis malam ini.
Ramadan Kareem, Allahu Akram!