fbpx

Online Tadabbur Siri 04

Online Tadabbur Siri 04

Online Tadabbur Siri 04

by
61 61 people viewed this event.

16 Mac 2023- Hidayah Centre Foundation Wilayah Tengah meneruskan sesi Online Tadabbur Siri 04 bertajuk ‘Menghayati Ayat ke-4 Surah Al-Fatihah’.

Penyampainya Ustaz Azrul Musa yang merupakan Eksekutif HCF Selangor telah memberikan sedikit penerangan tentang Surah Al-Fatihah yang merupakan pembuka kepada Al-Quran. Ia dipanggil Ummul Quran atau juga Ummul Kitab.

Beliau menerangkan bahawa ayat ke-empat Surah Al-Fatihah yang bermaksud ‘Yang memiliki/menguasai Hari Pembalasan’ itu mengingatkan kita bahawa Allah SWT akan menguasai hari perhitungan amalan manusia pada hari akhirat.

Ketika menjelaskan tadabbur ayat ke-empat, Ustaz Azrul memberikan penekanan tentang kesan ayat ini terhadap amalan seorang muslim. Beliau berkata: “Ayat ini mendorong kita untuk melakukan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang.”

Semoga tadabbur ayat ke-4 Surah Al-Fatihah ini dapat meningkatkan penghayatan kita semua ketika membacanya terutama dalam solat harian.

To register for this event email your details to selangor@hcf.org.my

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Date And Time

16-03-2023 @ 12:00 AM to
@ 11:30 PM
 

Location

Online Event
 

Event Types

 

Event Category

 
Download Events ical

Share With Friends

Scroll to Top