
Online Tadabbur Siri 01
23 Februari 2023- Telah berlangsung siri pertama Online Tadabbur Hidayah Centre Wilayah Tengah dengan tajuk Menghayari lafaz Bismillahirrahmanirrahim.
Ini merupakan usaha HCF Wilayah Tengah membawakan pengisian-pengisian ringkas mengupas tajuk-tajuk sekitar bacaan dan zikir harian.
Penyampai untuk siri pertama adalah Ustaz Syed Abdul Kadir yang merupakan eksekutif Hidayah Center Wilayah Persekutuan.
Antara pengisian yang diberikan adalah makna lafaz basmallah, kepentingannya dalam memupuk rasa kebergantungan dengan Allah serta kebaikannya dalam menjemput keberkatan dalam setiap perbuatan kita sehari-hari.
Siri Online Tadabbur akan diteruskan pada setiap hari Khamis bermula jam 5.30 melalui platform zoom serta siaran langsung di halaman Facebook Hidayah Centre Foundation Selangor dan Hidayah Centre Foundation Kuala Lumpur.
Diharapkan para peserta dan pendengar dari kalangan mualaf dan masyarakat umum dapat mengambil manfaat dari pengisian berkala ini untuk menambah pemahaman dalam ibadah dan amalan harian.