fbpx

MASJID TOUR

MASJID TOUR
MASJID TOUR
MASJID TOUR
MASJID TOUR
MASJID TOUR

MASJID TOUR

80 80 people viewed this event.

Putrajaya, 2 November 2022- Hidayah Centre Foundation telah menjemput deligasi dari Damansara Utama Methodist Church (DUMC) untuk menyertai Masjid Tour di Masjid Putra, Putrajaya. Seramai 14 orang deligasi dari Damansara Utama Methodist Church (DUMC) telah menyertai program ini, antaranya adalah Pastor Chris Kam, Pastor Mike Ngui dan Pastor Angeline Tan. Hidayah Centre Foundation telah diketuai oleh Tuan Haji Ab Rahim Abdul Hamid,Pengarah Operasi, HCF, Puan Amirah Mansor, Pengarah Perkhidmatan Korporat, Tuan Wan Muhammad Wan Ibrahim, Pengarah Pengurusan Daie & Sukarelawan dan Encik Khairul Hasmeet.
.
Masjid Tour ini merupakan program timbal balas kunjungan hormat HCF ke gereja DUMC sebelum ini. HCF membawa deligasi DUMC dengan memperkenalkan keindahan Islam,ibadah penganut Islam juga dari segi aspek kesenian Islam yang terdapat di Masjid Putra.
.
Selain itu, program ini juga bertujuan mewujudkan masyarakat yang harmoni dalam Malaysia tidak kira bangsa dan agama untuk saling bertukar ilmu dan kefahaman juga mengelakkan salah faham dalam kehidupan masyarakat majmuk Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah memperkenalkan Al-Quran dan sesi dialog harmoni.
.
HCF merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada wakil Masjid Putra iaitu Encik Shafiq Apandi yang telah banyak membantu sepanjang perjalanan Masjid Tour ini juga seluruh pihak masjid yang membantu kelancaran program ini.
.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

To register for this event email your details to info@hcf.org.my

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Date And Time

02-11-2022 @ 10:00 AM to
02-11-2022 @ 11:30 PM
 

Location

Masjid Putra, Putrajaya, Kuala Lumpur
 

Event Types

 

Event Category

 
Download Events ical

Share With Friends

Scroll to Top