fbpx

MASJID TOUR

MASJID TOUR
MASJID TOUR
MASJID TOUR
MASJID TOUR
MASJID TOUR

MASJID TOUR

69 69 people viewed this event.

Putrajaya, 26 November 2022- Hidayah Centre Foundation telah menjemput deligasi dari Sacred Heart Church (SHC) untuk menyertai Masjid Tour di Masjid Putra, Putrajaya. Seramai 38 orang deligasi dari Sacred Heart Church (SHC) telah menyertai program ini. Deligasi ini telah di ketuai oleh Sacred Heart Church PMEIA Kordinator, Dr Florence John dan Encik Anthony. Hidayah Centre Foundation pula telah diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi Tuan Joannes bin Lukas, Pengarah Outreach Tuan Hj Noli bin Husain dan Tuan Wan Muhammad Wan Ibrahim, Pengarah Pengurusan Daie & Sukarelawan serta Encik Khairul Hasmeet, konsultan outreach HCF.
.
Masjid Tour ini merupakan program timbal balas kunjungan hormat HCF ke Gereja Sacred Heart sebelum ini. Deligasi seramai 40 orang ini telah dibahagikan kepada lima kumpulan kecil untuk sesi penerangan yang diadakan di dalam Masjid Putra. HCF membawa deligasi SHC untuk memperkenalkan mengenai keindahan Islam, serta berkenaan ibadah penganut Islam dari segi aspek kesenian Islam yang terdapat di Masjid Putra. Sesi penerangan mengenai Islam dan seni binaan masjid tersebut telah dibantu oleh para sukarelawan Masjid Putra, Putrajaya.
.
Selain itu, program ini bertujuan mewujudkan masyarakat yang harmoni dalam Malaysia tidak kira bangsa dan agama untuk saling hormat-menghormati dan menjaga hubungan baik dalam kehidupan masyarakat majmuk yang berbilang kaum.
.
HCF merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan yang telah banyak membantu sepanjang perjalanan Masjid Tour ini atas kelancaran program ini daripada awal hingga akhir.
.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf
.

To register for this event email your details to info@hcf.org.my

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Date And Time

26-11-2022 @ 10:00 AM to
@ 11:30 PM
 

Location

Masjid Putra, Putrajaya, Kuala Lumpur
 

Event Types

 

Event Category

 
Download Events ical

Share With Friends

Scroll to Top