fbpx

Forum Harmoni : Celik Adat, Budaya dan Agama

Forum Harmoni : Celik Adat, Budaya dan Agama
Forum Harmoni : Celik Adat, Budaya dan Agama
Forum Harmoni : Celik Adat, Budaya dan Agama
Forum Harmoni : Celik Adat, Budaya dan Agama
Forum Harmoni : Celik Adat, Budaya dan Agama
Forum Harmoni : Celik Adat, Budaya dan Agama

Forum Harmoni : Celik Adat, Budaya dan Agama

81 81 people viewed this event.

Petaling Jaya, 3 Disember 2022- Hidayah Centre Foundation (HCF) telah bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan sebuah program Forum Harmoni bertajuk Celik Adat, Budaya dan Agama di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya. Seramai 60 orang peserta yang telah menyertai dan telah memeriahkan program ini termasuk daripada kalangan Muslim, juga bukan Muslim. Forum Harmoni kali ini membincangkan adat, budaya dan agama daripada agama Islam, Buddha dan Hindu.
.
Panel jemputan program forum harmoni ini ialah Dr. Haji Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH), En. Tan Leng, Setiausaha Agung Persatuan Soka Gakkai Malaysia (SGM) dan En. Thurai Chantheran, Ketua Bahagian Silang Agama Malaysian Organisation for Hindu, Knowledge, Science, Heritage & Arts (MOHKSHA). Moderator forum harmoni ini adalah wakil daripada HCF iaitu En. Noli Husain, Pengarah Outreach Hidayah Centre Foundation (HCF).
.
Tujuan program Forum Harmoni: Celik Adat, Budaya dan Agama adalah mewujudkan kefahaman dan keharmonian sebagai rakyat Malaysia. Forum harmoni ini adalah salah satu inisiatif daripada JAIS dan HCF untuk menunjukkan bahawa tidak kisah bangsa dan agama kita masih boleh bersama dan seterusnya menjaga hubungan baik dalam kehidupan masyarakat majmuk yang berbilang kaum.
.
HCF merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada JAIS atas anjuran bersama ini. Tidak dilupa juga kepada deligasi SGM dan MOKHSHA yang memeriahkan majlis forum hamoni ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan dengan deligasi agama yang lain juga.
.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.

To register for this event email your details to info@hcf.org.my

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Date And Time

03-12-2022 @ 09:00 AM to
03-12-2022 @ 01:00 PM
 

Location

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya, Selangor
 

Event Types

 

Event Category

 
Download Events ical

Share With Friends

Scroll to Top