??????? ????????? ???? ?????? ??????? ??????????? ??????? ???? ??? ????
7 APRIL 2022 | 6 RAMADAN 1443H (KHAMIS) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hasil kerjasama erat dengan Pertubuhan Muallaf India SeMalaysia (MIRA) telah menganjurkan Diskusi Bersama NGO Wilayah Persekutuan 2022 : Pencarian Ikon Mualaf bertempat di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.
Seramai 5 orang wakil calon Ikon Mualaf hasil pencalonan oleh Jawatankuasa Rakan Hidayah kawasan di sekitar Kuala Lumpur telah mewakili Hidayah Centre Foundation (HCF) menyertai program tersebut. Program ini merupakan peluang yang besar untuk menggarap potensi dan bakat Ikon Mualaf yang terpilih sebagai pendakwah dalam bidang tertentu dengan matlamat meningkatkan imej mualaf dan menarik minat non-muslim kepada Islam.
Semoga usaha ini bukan sahaja berjaya memperkasakan mualaf tetapi memperkasakan juga gerak kerja dakwah dan kerjasama antara HCF dengan JAWI, MAIWP dan semua NGO yang terlibat.