Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk Negeri Melaka 2021 – Siri 2
Objektif : Memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan berdakwah dan memahami budaya masyarakat Cina
Seminar dakwah masyarakat majmuk Negeri Melaka (siri 2/2021) yang dianjurkan oleh Hidayah Centre Foundation Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka melalui aplikasi Zoom telah dilaksanakan pada 26 Mac 2021.
Seminar tersebut telah disampaikan oleh Puan Nur Caren Chung Yock Lan – Setiausaha Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Melaka. Tajuk yang disampaikan adalah “Mengenali & Memahami Budaya dan Kepercayaan Masyarakat Cina”.
Semoga dengan seminar ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewajipan berdakwah kepada bukan Islam.
“Sampaikan Islam, Perkasa Mualaf”