Pada tanggal 29 dan 30 Mei telah diadakan Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk (DMM) fasa 1 sscara atas talian _(online)_.
Seminar DMM kali ini dianjurkan oleh Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI) dan Akademi Dakwah dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation (HCF).
Seminar yang berlangsung selama 2 hari ini berjalan lancar dan telah dihadiri seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada Mahasiswa dan Masyarakat umum.
Alhamdulillah, rata-rata berpuas hati dan seronok dengan setiap pengisian yang disampaikan dan mencadangkan agar teruskan lagi di masa hadapan.