22 November – Jabatan Pengurusan Daie dan Sukarelawan dengan kerjasama Jabatan Operasi Hidayah Centre Foundation telah mengadakan latihan ‘One to One Dakwah (O2D)’ secara atas talian kepada peserta IKON Hidayah.
Seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada peserta IKON Hidayah yang telah mengikuti latihan ini.
Latihan O2D ini bertujuan melatih para peserta teknik mudah untuk menyampaikan Islam secara harmoni kepada masyarakat yang masih belum kenali Islam.
Semoga usaha ini dapat menguatkan lagi para peserta untuk terus berdakwah.