fbpx

Tiger Gathering – Sambutan Tahun Baru Cina 2022

Tiger Gathering – Sambutan Tahun Baru Cina 2022
Tiger Gathering – Sambutan Tahun Baru Cina 2022
Tiger Gathering – Sambutan Tahun Baru Cina 2022
Tiger Gathering – Sambutan Tahun Baru Cina 2022

Tiger Gathering – Sambutan Tahun Baru Cina 2022

124 124 people viewed this event.

Alhamdulillah telah berlangsung majlis pertemuan ringkas Tiger Gathering pada pagi Ahad, 13 Februari 2022. Jamuan bersempena Tahun Baru Cina ini telah diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Rakan Hidayah Kawasan Batu dan Saudara Baru yang disantuni.
Seramai 30 orang yang telah menghadiri Tiger Gathering ini. Majlis bermula dengan ucapan perasmian oleh YDP IKRAM Kawasan Batu, Encik Khairul Anuar bin Kamaruddin.

Untuk makluman, SOP Covid-19 telah dipatuhi serta semua hadirin telah menjalani ujian RTK sebelum memasuki dewan.

Kemeriahan Tiger Gathering ini diteruskan dengan jamuan ringkas serta sesi pekongsian Saudara Baru oleh speaker jemputan, Encik Amin Jonathan yang telah memeluk Islam pada tahun 2018. Saudara Baru dan juga Rakan Hidayah yang hadir pada majlis ini turut diberi angpao oleh YDP IKRAM Kawasan Batu. Majlis ditutup dengan aktiviti Street Dakwah Mini disekitar kawasan Pusat Komuniti IKRAM Kawasan Batu, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur.

Moga dengan majlis yang ringkas ini dapat memberi sedikit kegembiraan buat hadirin yang hadir pada pagi ini. Semoga ukhuwwah yang terjalin makin kukuh dan teguh.
__
Jum bersama kami #HCFWPKL membantu menyebarluaskan mesej universal Islam dan pemerkasaan mualaf melalui:
Hidayah Centre Foundation KL
Maybank 5505 1085 0047
Bank Islam 1211 3010 0618 90
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#RakanHidayahBatu
#HidayahCentreFoundationWPKL

To register for this event email your details to wp@hcf.org.my

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Date And Time

13-02-2022 @ 12:00 AM to
@ 11:30 PM
 

Location

Batu, WP Kuala Lumpur
 

Event Types

 

Event Category

 
Download Events ical

Share With Friends

Scroll to Top