Jamuan Makan-makan Tahun Baru Cina 2022
JAMUAN MAKAN-MAKAN CNY
13 Februari 2022, Ahad telah diadakan sebuah jamuan makan-makan bersempena dengan Tahun Baru Cina di Restaurant De Pauh Garden, Perai, Pulau Pinang.
Program ini bertujuan untuk meraikan saudara baru khususnya dari bangsa cina berserta keluarga mereka yang belum islam.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Rodzi iaitu pemilik kedai makan yang indah ini kerana telah menaja makanan dan dewan kepada kami.
Terima kasih juga diucapkan kepada YB Zolkifly Md Lazim kerana sudi meluangkan masa bersama kami dan para mualaf seterusnya merasmikan jamuan makan ini.
Kami sangat bersyukur kerana dapat bersama-sama menjayakan jamuan ini dengan kerjasama ramai pihak dan tidak dilupakan dengan hidangan yang sangat lazat!
Semoga dapat bersua lagi di masa akan datang!