
Alhamdulillah, Kemarin program edar hadiah kegembiraan sempena Tahun Baharu Cina diadakan. Seramai 31 keluarga berbangsa cina menerima hadiah kegembiraan tersebut. Hadiah ini juga sebagai tanda terima kasih dari Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu atas kesudian hadir ke Hari Masjid Terbuka sebelum ini.
Walaupun negara berada dalam pelaksanaan PKPB di kawasan Bintulu dan sebahagian tempat mengalami ‘lockdown’. Namun kegembiraan bersama terus dilakukan dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Semoga Tahun Baharu ini menjadi satu tahun yang bermakna dan bebas dari wabak covid-19 ini. Insya’Allah.
Xin Nian Kuai Le