Pada 31 Mei 2021, Eksekutif HCF Pahang ziarah rumah saudara baru yang didiami bersama ibunya yang tidak beragama Islam, serta anak-anaknya. Tujuan ziarah ini adalah untuk menyampaikan bantuan kebajikan dikala keadaan semasa covid 19 kepada keluarga tersebut disamping menerangkan mesej keharmonian Islam kepada ibunya.
Ziarah juga mendapati bahawa anak beliau juga belum didaftarkan sebagai Islam dan tindakan susulan untuk pengislaman akan diuruskan.