Dikala dilanda musibah Covid-19 beberapa aktiviti bersemuka telah dihadkan mengikut standard operasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Maka, HCF Perlis dan Ikram Perlis telah mengambil inisiatif menyediakan platform sebegini kepada para peserta yang kebanyakkannya dalam kalangan ahli Rakan Hidayah dan ahli Ikram Perlis.
Bengkel ini telah disampaikan oleh En. Azuan Nasir yang juga merupakan Eksekutif di HCF Perlis. Alhamdulillah keterlibatan daripada pelbagai lapisan umur peserta dan kesungguhan mereka dalam mempelajari medium ini dapat memberi pendedahan awal supaya ia dapat digunakan dalam pelbagai urusan yang berkaitan.
Diharapkan segala ilmu berkaitan media ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk peserta dan masyarakat masa kini dalam menyebarkan risalah islam walaupun mendepani norma baru Covid-19.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf
#hcfperlis