
Alhamdulillah, Pada 31 Julai 2021 yang lepas, Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu telah menganjurkan program Hari Bersama Rakan Hidayah + A.S.A.R.A – P.K yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Program ini dilakukan secara atas talian melalui aplikasi Zoom.
Alhamdulillah, Seramai 13 orang peserta mengikuti program ini yang terdiri daripada Sukarelawan Rakan Hidayah Bintulu, Sukarelawan Rakan Hidayah Miri dan Saudara Kita. Juga para peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz yang disediakan oleh penceramah.