Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu telah mengadakan program Raikan Mualaf D’ Aidilfitri.
Program ini adalah bagi meraikan saudara baru di bulan syawal ini dengan cara berkongsi juadah hari raya seperti lemang, rendang, kelupis, kek lapis dan kuah satey. Tidak lupa juga sedikit sumbangan duit raya dari penganjur.