Siapa sangka, di usia muda pun langkah kecil mampu membawa makna besar.
HCF Pahang bersama HCF Kelantan telah menganjurkan program Street Dakwah di Pusat Rekreasi Taman Gelora, Kuantan, sebagai pendedahan kepada golongan remaja untuk merasai sendiri pengalaman berdakwah di lapangan.


Melalui aktiviti ini, para remaja bukan sekadar menyampaikan risalah Islam, tetapi juga belajar mendekati masyarakat dengan penuh hikmah dan kasih sayang.
Dalam suasana yang sering melalaikan generasi muda, mereka membuktikan bahawa jiwa remaja juga mampu membawa sinar dakwah.
Moga langkah ini menjadi titik awal lahirnya generasi muda yang bukan hanya bersemangat, tetapi juga menjadi asbab hidayah buat insan lain.





