Bila Ziarah Sampai Ke Hati Keluarga Belum Islam

HCF Pahang bersama Rakan Hidayah Kuantan telah menziarahi keluarga Cik Shelly di Taman Tas dalam usaha menyantuni saudara baru yang baru memeluk Islam.

Program ziarah mualaf ini menjadi ruang untuk mendekati dan mengenali keluarganya yang masih belum Islam, di samping membina hubungan yang penuh kasih dan hikmah.

HCF Pahang akan terus memberi sokongan kepada Cik Shelly melalui bantuan pendidikan di bawah Tabung Cahaya HCF serta membantu menyediakan tempat latihan industri yang bersesuaian pada bulan November ini.

Semoga langkah kecil ini menjadi sinar buat Cik Shelly dalam meniti perjalanan baharu sebagai seorang Muslimah, dan mudah-mudahan dirinya pula menjadi asbab hidayah buat keluarga tercinta.

#ZiarahMualaf
#HCFPahang
#sampaikanislamperkasakanmualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top