Bengkel Fotografi Produk dengan Lightbox
23 Ogos 2025 (Sabtu) – Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Bengkel Fotografi Produk dengan Lightbox bertempat di Aras 2, Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang, Bayan Baru. Program ini telah disertai oleh 20 orang peserta termasuk dari kalangan mualaf.



Dalam bengkel ini, para peserta didedahkan dengan kemahiran asas fotografi menggunakan telefon pintar dan lightbox untuk menghasilkan gambar produk yang lebih menarik, profesional dan mampu meningkatkan minat pelanggan.
Antara ilmu yang dipelajari:
– Teknik pencahayaan menggunakan lightbox
– Setting kamera telefon pintar untuk hasil optimum
– Tip susun atur dan sudut penggambaran
– Strategi tampil menonjol di platform digital
Tahniah kepada semua peserta yang hadir, semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.
#FotografiProduk#bengkellightbox#fotografitelefonpintar#tipusahawankecil#shopeesellertools#contentcreationmalaysia#peacepointassociation#hcfpulaupinang