AGIHAN BAKUL MAKANAN MUALAF SEKITAR RANAU

23 Feb 2026// HCBTxYADIMxJHEAINS

AGIHAN BAKUL MAKANAN MUALAF SEKITAR RANAU

HCBT dan JHEAINS telah membantu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Ranau dalam menjayakan program agihan bakul makanan kepada saudara-saudara kita dalam kalangan mualaf sekitar daerah Ranau.

Program ini bertujuan meringankan beban keluarga mualaf yang memerlukan, khususnya dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. Agihan telah dilakukan dengan penuh tertib dan amanah, dengan keutamaan diberikan kepada keluarga yang benar-benar memerlukan sokongan.

Selain penyampaian bantuan, kesempatan ini turut dimanfaatkan untuk bertanya khabar, memberi kata-kata semangat serta mengukuhkan hubungan silaturrahim bersama komuniti mualaf. Sokongan moral dan perhatian berterusan amat penting agar mereka tidak merasa terpinggir dalam perjalanan sebagai Muslim.

Semoga sumbangan yang diberikan menjadi asbab kekuatan dan kegembiraan buat mereka, serta menjadi amal jariah yang berpanjangan buat para penyumbang.

Doa dan Harapan

Ya Allah, berkatilah setiap rezeki yang dikongsi pada hari ini.

Lapangkanlah kesempitan saudara-saudara kami, permudahkan urusan kehidupan mereka dan tetapkan hati mereka dalam iman dan Islam.

Satukanlah hati-hati kami dalam ukhuwah dan jadikan usaha kecil ini sebagai sebab turunnya rahmat-Mu.

Terima kasih kepada pihak YADIM Ranau dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha dakwah dan kebajikan ini terus berkembang demi kesejahteraan ummah.

#AgihanBakulMakanan

#SantuniMualaf

#JHEAINS

#YADIMRanau

#DakwahDanKebajikan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top