๐๐๐ซ๐ค๐๐ก๐ฐ๐ข๐ง๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ฅ๐๐
7 November 2026
Sabtu
HCF Sibu
Alhamdulillah, Pengurusan Hidayah Centre Foundation (HCF) Sibu berkesempatan menghadiri Majlis Pernikahan Mualaf Santunan HCF Sibu, meraikan hari bersejarah dan detik istimewa pasangan pengantin, Nur Sabrina & Albert Tony, yang berlangsung pada 7 November 2026 (Sabtu).



Sesungguhnya, pernikahan bukan sekadar penyatuan dua hati, tetapi juga permulaan sebuah perjalanan baharu dalam membina keluarga yang berlandaskan iman, kasih sayang dan rahmah.
Semoga Allah SWT memberkati ikatan pernikahan ini, mengurniakan kebahagiaan yang berpanjangan, melimpahkan rezeki serta membimbing pasangan ini untuk terus istiqamah dalam menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga Muslim.
.
Selamat melayari bahtera rumah tangga. Semoga cinta yang dibina membawa hingga ke syurga. ![]()





