๐๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐ง๐ญ๐๐ง๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐ฎ๐๐๐ซ๐ ๐๐ข๐ญ๐ ๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐ง ๐๐ข๐ง๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ฎ
14 November 2025
Sabtu
HCF Bintulu
Alhamdulillah, Kakitangan Hidayah Centre Foundation (HCF) Sarawak cawangan Bintulu telah diamanahkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) untuk menyampaikan salah satu pengisian dalam Kursus Intensif pada 14 November 2026. Kursus yang dijalankan di Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu.



Kursus Intensif dan Lanjutan Saudara Kita merupakan kursus khas untuk para mualaf yang baru memeluk agama Islam. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk mengukuhkan dan memantapkan akidah Islam, memberikan kefahaman asas Islam, serta melahirkan saudara kita yang berilmu, beriman dan bertaqwa.
Semoga para peserta dapat manfaat daripada perkongsian sepanjang kursus diadakan. Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Sarawak kerana memberikan kepercayaan untuk turut membantu dalam Kursus Intensif dan Lanjutan Saudara Kita.





