ZIARAH MUALAF & SOKONGAN PERNIAGAAN
Tarikh: 10 November 2026
Tempat: Kedai Perniagaan Muallaf, Kg. Atog, Paitan.
Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Beluran telah mengadakan ziarah mualaf di Kg. Atog, Paitan sebagai usaha menyantuni saudara baharu, mengeratkan ukhuwah serta memberikan sokongan kepada perniagaan yang diusahakan oleh mualaf .


Ziarah ini turut disertai Rakan Hidayah (RH) HCF Beluran bersama Nurul Suhailah pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang juga merupakan Da’ie YADIM dan sedang menjalankan kajian berkaitan Hidayah Centre Foundation.
Semoga kunjungan ini membawa manfaat, menyemarakkan ukhuwah dan memperkukuh usaha dakwah dalam masyarakat.
Santuni Dengan Kasih, Bimbing Dengan Hikmah.





