Syahadah Seorang Wanita

๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข, ๐ฌ๐ž๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฐ๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐ค๐ž ๐‡๐ข๐๐š๐ฒ๐š๐ก ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž ๐…๐จ๐ฎ๐ง๐๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ก ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ.

Tetapi sebelum lafaz syahadah dilafazkan, ada satu perkara yang kami anggap sangat penting:

๐Ÿ“ŒKami mahu memastikan dia tahu apa yang sedang dipilihnya.

Di Hidayah Centre Foundation, sebelum sesi syahadah, kami akan menunaikan hak setiap pemohon untuk mendapatkan maklumat dan kefahaman tentang Islam.

Kami akan berkongsi sekurang-kurangnya tiga perkara asas:

๐Ÿ. ๐’๐ข๐š๐ฉ๐š ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก?

– Siapa Tuhan yang akan disembah?

– Adakah benar Allah itu wujud?

– Bagaimana kita mengenal Tuhan yang tidak dapat dilihat dengan mata?

๐Ÿ. ๐’๐ข๐š๐ฉ๐š ๐๐š๐›๐ข ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐’๐€๐–?

– Apa peranan Nabi Muhammad dalam Islam?

– Adakah baginda adalah sembahan orang Islam?

๐Ÿ‘. ๐€๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐’๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐๐š๐ง๐๐ฎ๐š๐ง ๐‡๐ข๐๐ฎ๐ฉ

– Apakah Al-Quran?

– Mengapa orang Islam menjadikannya sebagai panduan?

– Bagaimana kita memahami bahawa Al-Quran merupakan wahyu daripada Allah?

Kemudian, kami meminta pemohon membaca dan memahami Surat Akuan Masuk Islam.

Kerana Islam bukan sekadar satu lafaz.

Allah SWT berfirman:

โ€œ๐‘บ๐’†๐’”๐’–๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’‰๐’๐’š๐’‚ ๐’‚๐’ˆ๐’‚๐’Ž๐’‚ (๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’ƒ๐’†๐’๐’‚๐’“ ๐’…๐’‚๐’ ๐’…๐’Š๐’“๐’†๐’…๐’‚๐’Š) ๐’…๐’Š ๐’”๐’Š๐’”๐’Š ๐‘จ๐’๐’๐’‚๐’‰ ๐’Š๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐‘ฐ๐’”๐’๐’‚๐’Ž.โ€ -๐‘บ๐’–๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘จ๐’๐’Š โ€˜๐‘ฐ๐’Ž๐’“๐’‚๐’, 3:19

Sepanjang sesi itu pula, soalan yang sama mungkin kami ulang beberapa kali.

โ€œAda sesiapa paksa kamu datang?โ€

โ€œSelepas mendengar penjelasan ini, kamu masih memilih Islam?โ€

โ€œSetelah mendengar semua ini, kamu setuju dan percaya?โ€

Ada yang mungkin tertanyaโ€ฆ

“Kenapa bah ulang-ulang tanya? Nanti daripada orang sudah datang mau masuk Islam, terus dia cancel pula. ๐Ÿ˜…“

Benar, itulah tujuan kami bertanya.

Kalau seseorang berubah fikiran selepas mendengar penjelasan, kami tetap menghormati keputusannya.

Kerana tugas kami bukan untuk memaksa seseorang masuk Islam.

Tugas kami ialah menyampaikan, menerangkan dan memastikan dia membuat pilihan dengan kefahaman.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top