HCF BUNDU TUHAN | 16-18 Oktober 2026 (Jumaat-Ahad)
π£π₯π’ππ₯ππ πππ πππ₯π π₯πππ ππ π₯ππ‘ππ¨
π ππ‘π¬ππ‘π§π¨π‘π π π¨ππππ, π ππ‘π¬ππ ππ πππ¦ππ
Alhamdulillah, Persatuan Bantu Insan dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation Bundu Tuhan (HCBT), JHEAINS, YADIM dan KDMRS Ranau telah berjaya melaksanakan Program Kembara Rahmah Ranau selama tiga hari bagi menyantuni saudara-saudara mualaf serta masyarakat setempat.
Hari Pertama: Ziarah dan penyampaian sumbangan di Kg Bundu Tuhan.
Hari Kedua: Misi diteruskan ke Kg Tinutuan dan Kg Merungin 1 sebelum menuju ke Kg Agan dengan menaiki bot selama hampir 40 minit. Rombongan turut bermalam di kampung tersebut.
Hari Ketiga: Perjalanan diteruskan ke Kg Linapasan dan Kg Melinsau Darat bagi melengkapkan misi kebajikan ini.









225 PENERIMA DISANTUNI
Berikut merupakan jumlah penerima sumbangan bagi setiap kampung :
Kg Bundu Tuhan β 22 mualaf
Kg Tinutuan β 40 mualaf
Kg Merungin 1 β 40 mualaf
Kg Agan β 43 mualaf
Kg Linapasan β 40 mualaf
Kg Melinsau Darat β 40 orang (24 mualaf dan 16 bukan Islam)
Secara keseluruhan, seramai 209 orang mualaf dan 16 orang bukan Islam telah disantuni sepanjang program ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Persatuan Bantu Insan, semua agensi dan NGO yang bekerjasama, para penyumbang serta seluruh masyarakat kampung atas sambutan dan layanan yang begitu baik. Tidak dilupakan juga semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga Allah SWT meluaskan rezeki, memberkati setiap usaha dan sentiasa memberikan perlindungan kepada semua yang terlibat.
βDakwah bukan sekadar menyampaikan kata-kata, tetapi hadir menyantuni dengan kasih sayang dan keikhlasan.β ![]()
Jazakumullahu Khairan Kathira.
#KembaraRahmahRanau#PersatuanBantuInsan
#HCFSabah
#HCFBunduTuhan
#JHAEINSRANAU
#YADIMRANAU
#KDMRSRANAU
#SantuniMualaf
#DakwahBilHal





