DIALOG HARMONI ![]()
Hidayah Centre Foundation (HCF) Pahang dengan kerjasama Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Pahang telah menganjurkan Program Dialog Harmoni: “Kemerdekaan dalam Perspektif Agama dan Keharmonian Masyarakat” pada 3 Oktober 2026, bertempat di Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan, Pahang.
Program ini telah disertai oleh seramai 100 orang komuniti cina terdiri daripada 35 orang dari Gambang dan 65 orang dari Kuantan. Majlis dimulakan dengan sesi perkongsian harmoni yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).



Program diteruskan dengan sesi dialog kedua yang melibatkan YBhg. Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Tuan Choi Soon Kiang, Pengerusi Tokong Sam Seng Kung Gambang.
Majlis turut diserikan dengan Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Baitulmal dan Operasi, MUIP.
Semoga penganjuran Dialog Harmoni ini dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam diri masing-masing di samping membuka ruang untuk berkongsi pandangan mengenai budaya dan cara berfikir pelbagai etnik.





