PULAU PINANG – Alhamdulillah, hari ini Hidayah Centre Pulau Pinang sekali lagi menjadi saksi kepada satu detik yang penuh bermakna, iaitu lafaz dua kalimah syahadah.
Setiap insan mempunyai perjalanan yang berbeza dalam mencari kebenaran. Hari ini, satu lagi langkah telah dimulakan dengan penuh harapan dan keberanian.
Semoga Allah SWT menerangi setiap langkah selepas ini, mengurniakan ketenangan hati, kekuatan serta istiqamah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.
Selamat datang ke dalam keluarga Islam.
Semoga permulaan ini menjadi perjalanan yang dipenuhi rahmat, kasih sayang dan keberkatan Allah SWT.





