HCF Sibu Urus Bantuan Pendidikan Ke Peringkat IPT

SIBU – Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Sibu telah mengadakan program Ziarah Mualaf bagi menyantuni serta memantau perkembangan kebajikan Saudara Aiman pada 31 Ogos 2026. Ziarah berkenaan bertujuan bertanyakan khabar di samping menguruskan penyaluran bantuan pendidikan khusus bagi mengiringi persediaan beliau untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Inisiatif bimbingan dan bantuan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan pihak HCF Sibu dalam memastikan aspek pembangunan modal insan dan pendidikan mualaf terus terjamin. Sokongan yang diberikan merangkumi aspek kebajikan serta sokongan moral agar para pelajar mualaf mempunyai daya saing dan keyakinan tinggi untuk menempa kejayaan akademik.

Pihak Hidayah Centre Foundation mendoakan agar urusan pembelajaran Saudara Aiman di peringkat IPT dipermudahkan serta dikurniakan kejayaan. Pihak organisasi kekal komited untuk mendampingi dan menyokong perkembangan generasi muda mualaf agar terus istiqamah serta menyumbang bakti kepada masyarakat pada masa hadapan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top