PAITAN – Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Beluran dengan kerjasama Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Agama Islam Sabah (Zakat Sabah – MUIS) telah menyempurnakan agihan bantuan bakul makanan kepada 10 keluarga mualaf di Kampung Lubang Buayah, Paitan pada 8 Ogos 2026. Bantuan ini disasarkan khusus kepada golong mualaf kategori B40 bagi membantu meringankan kos sara hidup serta memenuhi keperluan asas harian mereka.



Proses agihan bantuan tersebut dijalankan secara serahan terus kepada para penerima oleh wakil Rakan Hidayah (RH) HCF Beluran. Pendekatan menyantuni penerima secara bersemuka ini bukan sahaja memastikan bantuan sampai secara telus dan berkesan, malah menjadi medium untuk bertanyakan khabar serta memantau perkembangan kebajikan komuniti mualaf di kawasan pedalaman Paitan.
Pihak Hidayah Centre Foundation merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Zakat Sabah – MUIS atas komitmen yang berterusan dalam memelihara kebajikan golongan mualaf. Diharapkan agar sinergi antara agensi zakat dan organisasi dakwah ini dapat terus diperkasakan demi membela keharusan sosioekonomi serta memantapkan ukhuwah Islamiah dalam kalangan mualaf di seluruh negeri Sabah.





