Ziarah Mahabbah | Menyantuni Hazel

“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”

— (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Alhamdulillah, pada 22 Julai 2026, Hidayah Centre Foundation Pahang telah berkesempatan mengadakan Program Ziarah Mahabbah bagi menyantuni saudari Hazel di Seri Teruntum.

Ziarah ini menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah, berkongsi kasih sayang serta memberikan sokongan kepada saudara baharu agar mereka terus merasai bahawa mereka tidak bersendirian dalam perjalanan mengenali dan menghayati Islam. Semoga setiap kunjungan membawa sinar harapan, menguatkan iman dan menyuburkan semangat untuk terus istiqamah di jalan Allah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang, sukarelawan dan para pendukung yang sentiasa bersama menjayakan usaha dakwah dan kebajikan ini. Semoga setiap amal yang dilakukan diterima serta diberi ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

“Dengan kasih sayang, kita menyentuh hati. Dengan dakwah, kita membimbing jiwa.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top