Eratkan Ukhuwah Bersama Mualaf

MERU, PERAK (19 Julai 2026) – Hidayah Centre Foundation (HCF) Perak telah menganjurkan program Gathering “Khendurian” bertempat di Bulatan Aman Jaya, Meru, Perak.

Program santai ini telah menghimpunkan seramai 46 orang peserta yang terdiri daripada saudara baharu (mualaf), sukarelawan Rakan Hidayah, serta wakil daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Penganjuran aktiviti kemasyarakatan ini bertujuan sebagai medan perjumpaan mesra bagi mengeratkan hubungan persaudaraan, membina jaringan sokongan sosial kepada para mualaf, serta mengukuhkan sinergi kerjasama dakwah antara NGO di Perak dalam suasana yang harmoni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top