CHANGLUN (13 Jun 2026) – Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Kedah telah mengadakan sesi Praktikal Solat bertempat di Surau Al-Muhajirin, Changlun.
Sesi yang dijalankan di bawah modul Kelas Bimbingan Mualaf (KBM) ini bertujuan memberikan pendedahan secara fizikal dan bimbingan amali berkaitan tatacara ibadah solat kepada para mualaf. Antara pengisian merangkumi pergerakan solat, bacaan asas, serta kefahaman mengenai keutamaan solat sebagai tiang agama dalam kehidupan seorang Muslim.





Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program pengukuhan akidah dan pembetulan kefahaman asas ibadah yang ditawarkan secara berterusan oleh HCF Kedah bagi memastikan para mualaf mendapat sokongan bimbingan yang sistematik dan mesra.





