KUALA KEDAH (17 Jun 2026) – Hidayah Centre Foundation (HCF) Kedah dengan kerjasama Kariah Masjid Jamek Al-Wahdatul Islamiah Taman Bersatu telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Harmoni dan Sambutan Maal Hijrah 1448H.
Program dimulakan dengan ceramah khas Maal Hijrah bertajuk “Semangat Hijrah Mencipta Perubahan” yang disampaikan oleh Ustaz Irfan Nazhan bin Mohd Nasri. Acara diteruskan dengan Forum Hijrah Muallaf yang menampilkan dua mualaf, Saudara Muhammad Amran bin Abdul Rahman dan Saudara Muhammad Hafiz bin Abdullah, bagi berkongsi pengalaman serta inspirasi penghayatan Islam dalam kehidupan seharian.






Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama rakan strategik termasuk pihak korporat Lotus Malaysia (Cawangan Stargate) serta NGO MACMA Cawangan Utara. Inisiatif rentas sektor ini bertujuan memperkasakan kebajikan mualaf, mengeratkan hubungan kemasyarakatan, serta mengukuhkan kefahaman Islam yang harmoni dalam kalangan masyarakat setempat.





