HCF Kedah Sertai Program Bersama Masyarakat India

BEDONG, KEDAH (26 Jun 2026) – Hidayah Centre Foundation (HCF) Kedah telah menyertai Program Ziarah Mahabbah Masyarakat Majmuk India yang berlangsung di Kampung Sungai Puntar, Bedong, Kedah.

Program ini dianjurkan oleh PERKIM Kebangsaan bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dengan kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Kedah, PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda, serta NGO Al-Hidayah.

Penglibatan perwakilan HCF Kedah dalam program ini bertujuan menyokong usaha memupuk keharmonian dan hubungan silaturahim antara masyarakat pelbagai kaum. Selain sesi ramah mesra, wakil HCF Kedah turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan tempatan seperti penyediaan Kolam serta gubahan bunga. Aktiviti ini mencerminkan pendekatan pendedahan budaya yang positif dalam kerangka toleransi dan batasan syariat yang dianjurkan Islam.

Pihak HCF Kedah merakamkan penghargaan kepada penganjur atas jemputan ini dan berharap kolaborasi strategik sedemikian dapat diteruskan demi mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top