Syahadah Seorang Saudara Baharu

PULAU PINANG — Pejabat Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) sekali lagi menjadi saksi pengucapan Kalimah Syahadah oleh seorang hamba Allah dalam satu majlis ringkas yang berlangsung penuh emosi pada petang semalam.

Kisah penghijrahan beliau bermula sejak zaman pengajian lagi melalui pemerhatian terhadap rakan-rakan beragama Islam yang berdisiplin menunaikan solat harian, sekali gus mencetuskan rasa ingin tahu yang mendalam terhadap keindahan ajaran Islam. Pencarian jawapan kepada persoalan jiwa tersebut akhirnya membuahkan hidayah apabila beliau dengan ikhlas dan sukarela memilih untuk memeluk agama Islam di pejabat HCFPP.

Seluruh warga HCFPP mendoakan agar Allah SWT menetapkan hati beliau, memberikan kekuatan untuk terus istiqamah, serta mempermudahkan segala urusannya sebagai seorang Muslim. Pihak pengurusan turut menyeru masyarakat untuk terus menyokong usaha HCF dalam menyampaikan dakwah dan memperkasakan golongan mualaf.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top