Ziarah Ketua Rakan Hidayah di Hospital Sandakan

SANDAKAN — Wakil Hidayah Centre Foundation (HCF) Beluran bersama beberapa ahli Rakan Hidayah dan sukarelawan telah mengadakan satu ziarah kasih bagi melawat Ketua Rakan Hidayah Beluran yang sedang menerima rawatan di Hospital Sandakan.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk menzahirkan rasa keprihatinan, memberikan sokongan moral, serta menyampaikan sedikit sumbangan dan doa agar beliau dikurniakan kesembuhan yang segera. Selesai sesi ziarah berkenaan, rombongan turut meluangkan masa makan tengah hari bersama bagi mengukuhkan lagi tali silaturahim dan semangat kebersamaan sesama ahli.

Pihak pengurusan HCF Beluran mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna serta menguatkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat dalam menggerakkan usaha dakwah dan kemasyarakatan di daerah ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top