HCF Bundu Tuhan Terima 5 Perantis Dakwah

HCF Bundu Tuhan Terima 5 Perantis SKM (Dakwah Islam) Bagi Latihan Industri

BUNDU TUHAN (20 JULAI) — Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Bundu Tuhan secara rasmi menerima kehadiran lima orang Perantis Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) – Dakwah Islam (Batch Ke-3) dari Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) yang selamat melapor diri bagi memulakan Latihan Industri bagi Sesi 2026/2027.

Latihan industri yang berlangsung selama empat bulan ini bakal mendedahkan para perantis secara langsung di lapangan untuk menggerakkan usaha dakwah dan kemasyarakatan di sekitar daerah Ranau. Selain itu, mereka juga akan menyantuni serta memberikan bimbingan asas kepada golongan mualaf setempat di samping menimba pengalaman amali dalam pengurusan dakwah komuniti.

Pihak HCF Bundu Tuhan mendoakan agar kehadiran para perantis ini dipermudahkan dan menjadi asbab meluasnya manfaat serta hidayah kepada masyarakat setempat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top