Perbincangan Bersama Rakan Hidayah Kuching

π‘·π’†π’“π’ƒπ’Šπ’π’„π’‚π’π’ˆπ’‚π’ π’ƒπ’†π’“π’”π’‚π’Žπ’‚ π‘Ήπ’‚π’Œπ’‚π’ π‘―π’Šπ’…π’‚π’šπ’‚π’‰ π‘²π’–π’„π’‰π’Šπ’π’ˆ

9 Julai 2025
Khamis
HCF Kuching

SOP gerak kerja kebajikan adalah bantuan diserahkan, tangkap gambar sikit, pastu upload di social media dh SETTLE?

Hakikatnya, fasa paling kritikal berlaku jauh lebih awal di sebalik tabir, melalui perbincangan, perancangan dan sumbangan idea.

Sesi bersama Ketua Rakan Hidayah Kuching baru-baru ini salah satunya.

Kadang, tanpa bilik mesyuarat yang formal, tanpa projector atau laptop, perancangan tetap perlu berjalan demi memastikan setiap program sokongan buat rakan mualaf betul-betul berkualiti dan memberi manfaat jangka panjang.

Kami tidak membuat program sekadar tangkap muat demi memenuhi KPI kalendar aktiviti.

Di sebalik sekeping gambar di kaki lima ini, ada amanah masyarakat yang sedang digalas untuk memastikan setiap usaha diuruskan dengan cara terbaik.

Mohon doa daripada anda semua agar perancangan pasukan Kuching ini dipermudahkan dan membawa impak yang besar buat masyarakat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top