9 Julai 2025
Khamis
HCF Kota Samarahan
Alhamdulillah. Pada Khamis, 9 Julai 2026, bermula jam 8.00 pagi hingga selesai, Rakan Hidayah (RH) Kota Samarahan telah bersama-sama menjayakan aktiviti gotong-royong membersihkan dan mengemas Kelas Bina Insan di Kampung Meranek dengan kerjasama KEMAS Kota Samarahan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga dan masa demi menyediakan suasana pembelajaran yang lebih selesa buat saudara-saudara baharu kita.



Semoga jalinan kerjasama ini terus dipermudahkan serta membawa manfaat kepada para saudara kita dan RH Kota Samarahan, insya-Allah.





